Pages

Autisme - 10 Fakta Penyakit Di Sini

Autisme merupakan sejenis kecelaruan (disorder). Berikut adalah 10 fakta berkaitan kecelaruan ini:

1. Autisme ialah sejenis kecelaruan berkaitan saraf yang mengakibatkan ketidakupayaan dalam interaksi sosial dan masalah kemahiran sosial dan komunikasi. Ada juga autistik (individu yang mengalami autisme) mempunyai masalah melakukan sesuatu secara berulang-ulang.

2. Autisme adalah kecelaruan yang bertahap - ada autistik bertahap rendah ada juga yang bertahap terlampau.

3. Biasanya seorang autistik sedikit kekurangan dari satu aspek kognitif tetapi sangat bagus dalam satu aspek lain seperti sangat pandai melukis, matematik, mencipta muzik dan daya ingatan hebat.

4. Kanak-kanak lelaki lebih ramai mengalami masalah autisme berbanding perempuan. Dianggarkan 1 dari 68 kanak-kanak yang lahir mengalami autism.

5. Punca autisme antaranya ialah keturunan. Ada juga pendapat mengatakan ianya disebabkan oleh vaksinasi, dan ubatan dan kondisi kesihatan dan umur ibu semasa mengandung. Tetapi punca sebenar belum dapat kenalpasti oleh pakar perubatan.

6. Symptom atau gejala autisme biasanya sudah boleh dilihat apabila seorang kanak-kanak berumur sekitar 2 tahun.

7. Gejala yang paling biasa ialah kanak-kanak ini tiada bertentang mata dengan orang yang mahu berinteraksi dengannya dan tidak pandai berinteraksi dengan orang lain. Tidak bertindakbalas apabila dipanggil, tidak pandai berkawan dan mungkin lebih suka menyendiri.

8. Simptom atau gejala yang kedua ialah bermasalah komunikasi. Kanak-kanak autistik yang serius tidak pandai bercakap. Gejala lain termasuklah berulang-ulang mendepang tangan, menggoyangkan badan dan melompat-lompat.

9. Bidang kedoktoran tidak menemui ubat untuk mengatasi autism. Rawatan untuk anak autistik bergantung kepada gejala yang ada pada anak tersebut. Doktor boleh mencadangkan terapi-terapi yang sesuai untuk memperbaiki keadaan kanak-kanak seperti terapi pertuturan dan tingkahlaku. Doktor juga boleh mencadangkan pengambilan ubat.

10. Doktor hanya boleh mencadangkan ubat-ubat yang boleh mengurangkan gejala dan mengawal autism sahaja. Ada juga ibubapa yang mendapati anak autistik mereka bertambah baik dari sudut pertuturan dan tingkahlaku selepas mengamalkan diet bebas gluten dan casein.

Sumber rujukan: 1. Webmd.com, 2. NASOM

Video tentang fakta-fakta berkaitan autisme:


Tambahan - Pengalaman seorang bapa mencari penawar untuk anak autistiknya, klik: Penawar dan ubat autisme

Tambahan - Di negara maju seperti US, UK, Australia dan lain-lain ada badan tertentu yang membantu autistik dari tahap kanak-kanak hingga dewasa. Di Malaysia badan tersebut ialah NASOM:


NASOM membantu dalam bentuk membuat penilaian dan diagnosis, program intervensi awal, program vokasional untuk autistik, terapi, tempat tinggal dan beberapa lagi.

No comments:

Post a Comment